15 Julai 2009

Pakej 1 hari 1 malam di hospital..

Ni... gambar anak bungsu saya...

Tajuk catatan saya kali ini sebenarnya bukan merupakan pakej pelancongan... tetapi kali pertama saya diwadkan semumur hidup saya. iaitu pada 8th Jul yang lalu. Hal ini kerana saya mengalami sakit perut yang teramat sakit. Bahasa tenpatan kata dugal... tapi dalam pada itu penyakit lain juga turut di kesan iaitu darah tinggi... Ini rupanya hidup manusia... apabila menjangkau usia 40an akan timbullah semua penyakit... Tidak sampai seminggu iaitu pada 12nd Julai, sekali lagi saya mendapat pakej yang sama di hospital yang sama iaitu di Hospital Daerah Ranau, Kesihan aku kat pertugas wad kecemasan waktu tu... bertungkus lumus untuk meredakan kesakitan, namun kesakitan yang saya alami tidak juga reda.. wal hal sudah 4 kali suntikan telah diberikan kepada saya... akhirnya penyakit saya telah dikenal pasti sebagai PUNDI HEMPEDU yang memerlukan pembedahan..

26 Mei 2009

Hanya Tinggal Kenangan


....pergi untuk selamanya, The late, Babu, 2nd from left

23 Ogos 2008

Malam Penghayatan Sempena Kem Motivasi Pelajar

Pada 17 Ogos 2008, bertempat di Padang SK Taginambur, Tamparuli. Satu aktiviti LDK iaitu Malam Penghayataan sempena Kem Motivasi Pelajar Tahap Dua SK Taginambur telah disempurnakan. Hampir kesemua peserta "lulus!".. Maksud saya, ramai di antara mereka yang tidak menahan sebak di dada sehingga mengalirkan air mata. Muzik latar yang digunakan ialah lagu yang berjodol "Ayah dan Ibu" nyanyian Sudirman Hj Arshad.

Aktiviti ini dikendalikan oleh rakan sekerja Cikgu George Nelson Janting manakala skrip disediakan oleh saya sendiri: Berikut saya paparkan skrip yang tidak seindah dan secantik yang dihasilkan oleh seorang sastrawan atau seorang pujangga. Ianya masih banyak kelemahan dan masih banyak yang boleh dibaiki. Saya sangat mengalu-alukan komen anda. Terima kasih

Murid-murid sekalian,

Duduk dengan selesa, rehatkan badan dan lapangkan fikiran. Sekarang pejamkan mata untuk menghayati apa yang kamu dengar nanti. Sambil memejam mata, bayangkanlah suasana yang digambarkan.

Bayangkan kamu sedang berada di tengah-tengah ladang padi di bawah sinaran sang mentari yang terik sambil tangan kamu lincah mengamit tangkai-tangkai padi yang kuning keemasan itu untuk menuai. Kekadang kelihatan dedaun-dedaun padi bergoyang perlahan-lahan ditiup dek angin yang bertiup sopai-sopai bahasa. Ketika itu juga anda sekali-sekala melihat kalibat burung-burung pipit yang mencari nafkah, hasil dari keringat dan tulang dua karat orang lain. Anda juga melihat awan putih berarak menutupi awan biru. Oh alangkah indahnya suasana ini!. Terhibur juga anda walaupun keringat mencurah-curah keluar membasahi pakaian.

Cuba anda bayangkan dalam fikiran anda, Sambil anda menikmati bekal ikan kering dan sayur pucuk ubi yang dibawa dari rumah subuh-subuh tadi, anda mendengar nyanyian burung-burung pipit yang sahut menyahut di sekeliling anda, seolah-olah merayakan pesta padi atau seolah-olah mentertawakan anda, namun bagi anda itu semua adalah penyeri, penyeri hidup sebagai seorang petani. Sekali-sekala tangan anda menepis nyamuk degil yang menghisap darah anda. Dalam pada itu, bermain di fikiran anda berbagai persoalan mengenai anak-anak yang anda tinggalkan di rumah, ”Apakah mereka sudah menikmati makan tengahari?, Apakah mereka sudah balik dari sekolah? Apakah mereka sentiasa mengikuti nasihat yang anda barikan? Apakah mereka mengikuti segala nasihat yang guru berikan? Apakah mereka menjadi seorang anak yang baik? Apakah mereka faham dengan pengorbanan yang anda lakukan demi untuk mereka? Oh... anda benar-benar sedih dan mengalirkan air mata jernih... anda takut, teramat takut, anda gusar kalau-kalau suatu hari nanti anak anda akan menjadi orang yang tidak berguna...

Cuba anda bayangkan dalam fikiran, mentari merah yang berarak perlahan menuju ufuk timur, nafas anda tercunggap-cunggap menggalas wakid yang penuh sayuran... danai menuruni dan menaiki bukit menuju ke rumah anda hampir tidak kelihatan, namun anda tidak memperdulikan kepayahan ini, Anda lebih rela menanggung segala keperitan dan kesangsaraan demi sesuap nasi untuk menyara anak-anak anda di rumah. Terlintas juga di fikiran anda, harapan mengunuing daripada anda untuk anan-anak anda.. agar mereka berjaya dalam pelajaran, agar mereka mengacapi hidup yang lebih sempurna lagi di masa. Hadapan. Kalau diikutkan hati, anda ingin sekali hidup bersama anak-anak anda seribu tahun lagi, namun apakan daya, semua ini adalah ketentuan Tuhan yang maha esa.

Cuba anda bayangkan, ketika anda pulang dari ladang, hati anda amat keciwa dan sedih, melihat rumah yang berselirak di sana-sini, melihat anak-anak anda yang baru balik dari bermain, melihat kuali dan belanga masih belum berisi lagi. Oh sedih... sungguh sedih, Bagaimana anda boleh mengerjakan kerja-kerja rumah ini sedangkan anda masih terlalu penat?.... perut anda juga berkeroncong ... lapar... haus... tiba... tiba... anda pengsan! Cuba bayangkan di dalam fikiran anda... anda diusung oleh anak-anak anda ke kelinik, sambil mengusung, anak anda menangis, mereka menyesal... cuba bayangkan apakah yang akan berlaku kepada anak-anak anda sekiranya anda pergi untuk selamanya.... tubuh yang diusung ke hospital dan kini di usung ke tanah perkuburan... anak-anak menangis, meraung dan histiria pun tidak berguna,.. Tatapi bersyukurlah ... anda masih hidup dan masih duduk di kerusi... Sekarang, ikut saya mengira bermula dari 5, 4, 3, 2, 1. Buka mata !!!

22 Ogos 2008

Kemborongoh

Komburongoh Atau Jerangau

Apabila disebut Komburongoh dalam bahasa Kadazandusun atau Jerangau dalam Bahasa Melayu, terbayang dalam fikiran saya sejenis alat yang digunakan oleh bobolian dalam upacara memuja semangat padi atau upacara-upacara ritual yang lain.Tetapi apabila saya terbaca akan kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji khasiat herba, Tanggapan awal saya mengenai tumbuhan ini berubah. Namun demikian, kesan daripada peristiwa yang pernah saya alami tigapuluh tahun yang lepas masih menyebabkan diri saya takut menggunakan tumbuhan ini sebagai permainan dan apatahlagi dijadikan sebagai tonik untuk kesihatan badan.

Peristiwa itu berlaku ketika saya masih berada di alam persekolahan. Sekolah Rendah Kebangsaan Topokon tempat saya menerima pendidikan awal. Dipendekkan cerita, akibat daripada sikap saya yang tidak mengendahkan nasihat orang tua yang mana melarang saya untuk bermain dengan kemborongoh yang disangkutkan oleh arwah nenek di dinding rumah, saya terlantar hampir dua minggu di rumah diserang demam panas terkena badi kemborongoh tersebut

Peristiwa ini bermula apabila saya dan sekumpulan rakan pondok-pondok dan masak-masak. Dalam permainan ini, saya kononnya diberikan peranan sebagai seorang bobolian yang mengendalikan upacara madsalud atau memberkati semangat padi pada ketika padi selasai ditanam di sawah. Oleh kerana saya selalu menyaksikan bobolian mengandalikan upacara ini, maka gerak laku dan peralatan yang digunakan oleh bobolian telah saya gunakan kecuali jampi serapah. Ketika saya asik melakukan aksi bobolian tiba-tiba saya mendengar berbagai suara menggunakan bahasa yang tidak saya fahami dan saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya suara tersebut.


Bersambung....

28 Julai 2005

Zaman kanak-kananku di Kampung Rongolis

Walaupun zaman kanak-kanak ku dipenuhi dek onak dan duri, namun tidak dinafikan terdapat juga kenangan-kenangan indah yang sukar dilupakan dan tidak mungkin dapat dikecapi lagi oleh kanak-kanak di zaman ini dan apatalagi bakal cucu-cucu ku yang akan datang ( jika sempat bersama mereka ).

Photobucket

Memang jelas lagi bersuluh, keadaan persekitaran kampung empat puluh tahun yang lepas walaupun tidak diterangi oleh bekalan elektrik namun kehidupan penduduk kampung boleh dikatakan dalam keadaan harmoni, berkerjasama dan bantu membantu antara satu dengan yang lain. Apabila tiba sahaja musim mennuai padi di bendang, maka penduduk kampung akan membentuk kumpulan kerja yang dikenali sebagai batas. Ahli kumpulan terdiri daripada mereka yang mempunyai bendang dan dianggotai oleh 10 hingga 15 orang. Kumpulan ini tadi akan mula menuai padi di bendang anggota 1. Hari berikutnya di bendang anggota 2 dan bagitulah seterusnya sehingga sampai ke anggota terakhir sebelum pusingan kedua dimulakan. PhotobucketTerdapat empat hingga lima kumpulan batas yang ditubuhkan oleh penduduk kampung untuk tujuan ini.

Ketika inilah keseronokan sebagai kanak-kanak terasa di mana, Kumplan batas rang tua mereka sibuk menuai dan kanak-kanak pula sibuk membuat pumpuak ( alat muzik ) daripada jerami padi. Maka akan terhasillah bunyi bersahut-sahutan tanpa melodi di tengah-tengah bendang… “wakkkk..wakkkk…wak….” dan bunyi inilah yang dirindui.