28 Julai 2005

Zaman kanak-kananku di Kampung Rongolis

Walaupun zaman kanak-kanak ku dipenuhi dek onak dan duri, namun tidak dinafikan terdapat juga kenangan-kenangan indah yang sukar dilupakan dan tidak mungkin dapat dikecapi lagi oleh kanak-kanak di zaman ini dan apatalagi bakal cucu-cucu ku yang akan datang ( jika sempat bersama mereka ).

Photobucket

Memang jelas lagi bersuluh, keadaan persekitaran kampung empat puluh tahun yang lepas walaupun tidak diterangi oleh bekalan elektrik namun kehidupan penduduk kampung boleh dikatakan dalam keadaan harmoni, berkerjasama dan bantu membantu antara satu dengan yang lain. Apabila tiba sahaja musim mennuai padi di bendang, maka penduduk kampung akan membentuk kumpulan kerja yang dikenali sebagai batas. Ahli kumpulan terdiri daripada mereka yang mempunyai bendang dan dianggotai oleh 10 hingga 15 orang. Kumpulan ini tadi akan mula menuai padi di bendang anggota 1. Hari berikutnya di bendang anggota 2 dan bagitulah seterusnya sehingga sampai ke anggota terakhir sebelum pusingan kedua dimulakan. PhotobucketTerdapat empat hingga lima kumpulan batas yang ditubuhkan oleh penduduk kampung untuk tujuan ini.

Ketika inilah keseronokan sebagai kanak-kanak terasa di mana, Kumplan batas rang tua mereka sibuk menuai dan kanak-kanak pula sibuk membuat pumpuak ( alat muzik ) daripada jerami padi. Maka akan terhasillah bunyi bersahut-sahutan tanpa melodi di tengah-tengah bendang… “wakkkk..wakkkk…wak….” dan bunyi inilah yang dirindui.

Tiada ulasan: