22 Ogos 2008

Kemborongoh

Komburongoh Atau Jerangau

Apabila disebut Komburongoh dalam bahasa Kadazandusun atau Jerangau dalam Bahasa Melayu, terbayang dalam fikiran saya sejenis alat yang digunakan oleh bobolian dalam upacara memuja semangat padi atau upacara-upacara ritual yang lain.Tetapi apabila saya terbaca akan kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji khasiat herba, Tanggapan awal saya mengenai tumbuhan ini berubah. Namun demikian, kesan daripada peristiwa yang pernah saya alami tigapuluh tahun yang lepas masih menyebabkan diri saya takut menggunakan tumbuhan ini sebagai permainan dan apatahlagi dijadikan sebagai tonik untuk kesihatan badan.

Peristiwa itu berlaku ketika saya masih berada di alam persekolahan. Sekolah Rendah Kebangsaan Topokon tempat saya menerima pendidikan awal. Dipendekkan cerita, akibat daripada sikap saya yang tidak mengendahkan nasihat orang tua yang mana melarang saya untuk bermain dengan kemborongoh yang disangkutkan oleh arwah nenek di dinding rumah, saya terlantar hampir dua minggu di rumah diserang demam panas terkena badi kemborongoh tersebut

Peristiwa ini bermula apabila saya dan sekumpulan rakan pondok-pondok dan masak-masak. Dalam permainan ini, saya kononnya diberikan peranan sebagai seorang bobolian yang mengendalikan upacara madsalud atau memberkati semangat padi pada ketika padi selasai ditanam di sawah. Oleh kerana saya selalu menyaksikan bobolian mengandalikan upacara ini, maka gerak laku dan peralatan yang digunakan oleh bobolian telah saya gunakan kecuali jampi serapah. Ketika saya asik melakukan aksi bobolian tiba-tiba saya mendengar berbagai suara menggunakan bahasa yang tidak saya fahami dan saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya suara tersebut.


Bersambung....

Tiada ulasan: