23 Ogos 2008

Malam Penghayatan Sempena Kem Motivasi Pelajar

Pada 17 Ogos 2008, bertempat di Padang SK Taginambur, Tamparuli. Satu aktiviti LDK iaitu Malam Penghayataan sempena Kem Motivasi Pelajar Tahap Dua SK Taginambur telah disempurnakan. Hampir kesemua peserta "lulus!".. Maksud saya, ramai di antara mereka yang tidak menahan sebak di dada sehingga mengalirkan air mata. Muzik latar yang digunakan ialah lagu yang berjodol "Ayah dan Ibu" nyanyian Sudirman Hj Arshad.

Aktiviti ini dikendalikan oleh rakan sekerja Cikgu George Nelson Janting manakala skrip disediakan oleh saya sendiri: Berikut saya paparkan skrip yang tidak seindah dan secantik yang dihasilkan oleh seorang sastrawan atau seorang pujangga. Ianya masih banyak kelemahan dan masih banyak yang boleh dibaiki. Saya sangat mengalu-alukan komen anda. Terima kasih

Murid-murid sekalian,

Duduk dengan selesa, rehatkan badan dan lapangkan fikiran. Sekarang pejamkan mata untuk menghayati apa yang kamu dengar nanti. Sambil memejam mata, bayangkanlah suasana yang digambarkan.

Bayangkan kamu sedang berada di tengah-tengah ladang padi di bawah sinaran sang mentari yang terik sambil tangan kamu lincah mengamit tangkai-tangkai padi yang kuning keemasan itu untuk menuai. Kekadang kelihatan dedaun-dedaun padi bergoyang perlahan-lahan ditiup dek angin yang bertiup sopai-sopai bahasa. Ketika itu juga anda sekali-sekala melihat kalibat burung-burung pipit yang mencari nafkah, hasil dari keringat dan tulang dua karat orang lain. Anda juga melihat awan putih berarak menutupi awan biru. Oh alangkah indahnya suasana ini!. Terhibur juga anda walaupun keringat mencurah-curah keluar membasahi pakaian.

Cuba anda bayangkan dalam fikiran anda, Sambil anda menikmati bekal ikan kering dan sayur pucuk ubi yang dibawa dari rumah subuh-subuh tadi, anda mendengar nyanyian burung-burung pipit yang sahut menyahut di sekeliling anda, seolah-olah merayakan pesta padi atau seolah-olah mentertawakan anda, namun bagi anda itu semua adalah penyeri, penyeri hidup sebagai seorang petani. Sekali-sekala tangan anda menepis nyamuk degil yang menghisap darah anda. Dalam pada itu, bermain di fikiran anda berbagai persoalan mengenai anak-anak yang anda tinggalkan di rumah, ”Apakah mereka sudah menikmati makan tengahari?, Apakah mereka sudah balik dari sekolah? Apakah mereka sentiasa mengikuti nasihat yang anda barikan? Apakah mereka mengikuti segala nasihat yang guru berikan? Apakah mereka menjadi seorang anak yang baik? Apakah mereka faham dengan pengorbanan yang anda lakukan demi untuk mereka? Oh... anda benar-benar sedih dan mengalirkan air mata jernih... anda takut, teramat takut, anda gusar kalau-kalau suatu hari nanti anak anda akan menjadi orang yang tidak berguna...

Cuba anda bayangkan dalam fikiran, mentari merah yang berarak perlahan menuju ufuk timur, nafas anda tercunggap-cunggap menggalas wakid yang penuh sayuran... danai menuruni dan menaiki bukit menuju ke rumah anda hampir tidak kelihatan, namun anda tidak memperdulikan kepayahan ini, Anda lebih rela menanggung segala keperitan dan kesangsaraan demi sesuap nasi untuk menyara anak-anak anda di rumah. Terlintas juga di fikiran anda, harapan mengunuing daripada anda untuk anan-anak anda.. agar mereka berjaya dalam pelajaran, agar mereka mengacapi hidup yang lebih sempurna lagi di masa. Hadapan. Kalau diikutkan hati, anda ingin sekali hidup bersama anak-anak anda seribu tahun lagi, namun apakan daya, semua ini adalah ketentuan Tuhan yang maha esa.

Cuba anda bayangkan, ketika anda pulang dari ladang, hati anda amat keciwa dan sedih, melihat rumah yang berselirak di sana-sini, melihat anak-anak anda yang baru balik dari bermain, melihat kuali dan belanga masih belum berisi lagi. Oh sedih... sungguh sedih, Bagaimana anda boleh mengerjakan kerja-kerja rumah ini sedangkan anda masih terlalu penat?.... perut anda juga berkeroncong ... lapar... haus... tiba... tiba... anda pengsan! Cuba bayangkan di dalam fikiran anda... anda diusung oleh anak-anak anda ke kelinik, sambil mengusung, anak anda menangis, mereka menyesal... cuba bayangkan apakah yang akan berlaku kepada anak-anak anda sekiranya anda pergi untuk selamanya.... tubuh yang diusung ke hospital dan kini di usung ke tanah perkuburan... anak-anak menangis, meraung dan histiria pun tidak berguna,.. Tatapi bersyukurlah ... anda masih hidup dan masih duduk di kerusi... Sekarang, ikut saya mengira bermula dari 5, 4, 3, 2, 1. Buka mata !!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good day, sun shines!
There have been times of troubles when I felt unhappy missing knowledge about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright pessimistic person.
I have never thought that there weren't any need in large initial investment.
Now, I'm happy and lucky , I started take up real income.
It's all about how to select a proper partner who uses your funds in a right way - that is incorporate it in real deals, and shares the income with me.

You can get interested, if there are such firms? I have to tell the truth, YES, there are. Please get to know about one of them:
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]